Sabtu, 23 Januari 2010

hari yang menyebalkan...


satu lagi hari yang membuat hidupku kini terasa amat perit dan menyakitkan. maknanya aku terasa hati ke? yaaaaaa...amat terasa hati dengan kawanku kini. kerana dia aku kehilangan kawan yang lain. tapi kenapa aku bertahan lagi kini? persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiranku..satu je jawapan yang dapat aku simpulkan iaitu aku ikhlas berkawan dengannya tapi terus terang aku katakan bahawa inilah satu-satunya kawan yang memeritkan sepanjang perjalanan kawan-kawanku selama ini.

pelik bunyinya kan... kawan yang menyebabkan aku kini tersisih dengan kawan-kawanku yang lain, kawan yang mula mengambil tempat dalam kalangan kawan-kawanku yang lain sehingga membuatku kini seperti kera sumbang dalam kalangan kawanku sendiri. aku cemburu? tidak aku tidak cemburu cume kadang-kadang timbul perasaan sayu hati dan persoalan kenapa???

emmmmm... malas lah aku nak fikir, buat masa sekarang aku cume mahu bertahan dan bertahan dan aku berdoa agar benteng kesabaran aku masih lagi kukuh sepanjang tempoh aku menuntut di sini.

beberapa persoalan telah berlegar-legar dalam fikiran ku kini...

adakah aku seorang yang menyusahkan dan suke menimbulkan masalah?

adakah aku ni seorang yang mudah dibuli dan ditindas?

adakah aku seorang yang terlalu mahu menjaga hati dan perasaan orang lain sehingga menyebabkan diri sendiri yang terbakar?


nampakye aku terpaksa menyetujui kata-kata seorang pujangga bahawa hidup kita ini perlulah bersikap pentingkan diri sendiri. yaaa...mungkin aku selepas ini perlu mengamalkan motto ini supaya aku tidak mudah ditindas dan maju dalam hidupku.


p/s : sekadar luahan isi hati sebagai terapi menghilangkan strees dalam diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan