apa yang anda faham mengenai hujah falasi?
Falasi Secara umumnya falasi merujuk kepada sesuatu yang lemah dan tidak kongkrit. Ini banyak berlaku di dalam penulisan dan penghujahan yang dianggap lemah. Terdapat 2 jenis falasi;
Falasi Formal Hujah yang tidak berkaedah betul kerana strukturnya, premis tidak menyokong kesimpulan. Falasi ini memang ketara kelemahannya dan boleh disedari oleh ramai orang, dan mudah untuk ditolak.
Falasi Informal Hujah ini berkaedah betul tetapi tidak benar. Falasi jenis ini amat sukar untuk dikesan kelemahannya dan begitu sukar untuk ditolak. Terdapat beberapa pembahagian;
Hujah Berbelit-belit Ini berlaku apabila seseorang itu mengulangi kembali kesimpulannya dengan memasukan (walaupun dalam bentuk ayat yang berlainan) semula penyataan-penyataan dalam permis-premisnya.
Struktur hujahnya adalah seperti berikut;
P adalah benar (premis) Maka, P adalah benar (kesimpulan)
Contoh ayatnya;
Dia bijak kerana dia tidak bodoh
Menunjuk pada pihak yang berkuasa Hujah ini menggunakan sesuatu sebagai lapang rujuk kreadibilitinya. Walaupun hujah ini berkaedah betul, tetapi ia adalah sebuah hujah yang lemah kerana selalunya ia tiada kaitan secara langsung antara 'kuasa' yang disebut dengan isu yang dibangkitkan.

Kalau seseorang/sesuatu yang 'berkuasa' mennyatakan bahawa P adalah benar. Maka P mestilah benar (Premis1) X, adalah sesuatu yang 'berkuasa', telah menyatakan P adalah benar. (Premis2) Jadi, P adalah benar (kesimpulan)
Contoh ayatnya;
Kereta Ford adalah sebuah kereta yang baik kerana Elizabert Taylor juga memilih kereta Ford
Ambiguiti Hujah yang struktur nahunya tidak jelas menunjukkan pengertian atau penyataan dalam sesuatu hujah. Berikut adalah penjenisan kekaburan;
Equivokasi Terdapat dua pengertian dalam satu perkataan.
Contoh ayat;
Semua pelajar yang baik akan lulus di dalam peperiksaan ini, Paul (seorang yang) baik. Maka, Paul akan lulus di dalam peperiksaan ini Di sini perkataan baik itu agak kabur, sama ada baik dari segi tingkahlaku ataupun pembelajaran.Menentang hujah yang berada di luar konteksnya Ia berlaku apabila kita memetik sesuatu penyataan, alasan, atau hujah di luar daripada konteksnya, kemudian kita cuba menentang atau menunjukkan kelemahan yang terdapat di dalam pernyataan, alasan atau hujah tersebut. Tetapi apabila sesuatu pernyataan, alasan, atau hujah terkeluar dari konteksnya, maksudnya mungkin berbeza.
Contoh ayat;
Sekiranya kewujudan negara kita terancam, sekiranya keadaan menunjukkan bahawa kita semua akan hancur, sekiranya peperangan tidak diisytiharkan, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berperang ... akhbar yang melakukan falasi ini mungkin hanya akan memetik ... "menteri menyatakan, 'saya tidak akan teragak-agak untuk berperang'" ... ini sudah lari daripada apa yang diucapkan sebenar oleh menteri tersebutStruktur nahu yang tidak jelas Struktur nahu yang tidak jelas boleh membuatkan kita mentafsir secara berlainan
Contoh ayatnya;
Lelaki itu mengamuk selepas mengucapkan selamat tinggal yang mesra kepada keluarganya dengan menggunakan parang
atau
untuk dijual :- stereo, speaker, turntable, tape deck, dan earphone dalam keadaan yang baik Masalahnya di sini ialah Iklan ini boleh memberi maksud yang berlainan. Pertama ia bermaksud setiap objek yang diiklankan berada dalam keadaan baik. Kedua pula, ia mungkin menyatakan bahawa earphone sahaja yang berada di dalam keadaan baik.Hujah atau alasan yang tiada kena mengena dengan persoalan pokok Apabila kita berhujah dengan kesimpulan yang tidak kena mengena dengan pokok perbicaraan. Ianya termasuk pengunaan paksaan, rasa takut, emosi, kepercayaan, dan seumpamanya.
Contoh ayat;
Jangan pukul budak tu, dia baru sahaja dipukul ibunyaMenukar pendirian lawan Sekiranya kita menukar hujah atau pendirian lawan, dan kemudian kita menentang hujah atau pendirian yang telah dipatahkan itu. Menentang hujah atau pendirian yang telah diselewengkan dari maksud asal.
Contoh ayat;
Sesetengah orang Malaysia kurang berpelajaran ... akhbar yang melakukan falasi ini mungkin hanya akan memetik ... "menteri menyatakan, orang-orang Malaysia kurang berpelajaran" ... ini bukan yang diucapkan sebenar oleh menteri tersebutPenggunaan jargon Perkataan yang amat kabur (bombastik), berbunga (puitis), dan terlalu saintifik digunakan tidak kena pada konteksnya. Ia dilakukan agar kelihatan apa yang sebenarnya ia tidak.
Contoh ayat;
Uhu tidaklah sama dengan gam-gam yang biasa, Uhu menggunakan teknologi moden supaya suatu transformasi unik berlalu dan substruktur molekular bercampur aduk
atau
Belilah serbuk pencuci Breeze yang mengandungi Biozof! Biozof mencuci dengan lebih bersih dan lebih berkesanHujah yang ditujukan kepada seseorang Hujah ini cuba melemahkan orang yang memegang sesuatu pendirian, dan ia sebenarnya tidak menentang pendirian orang tersebut.
Contoh ayat;
Saya tidak bersetuju dengan pendapat ayang tentang perancangan keluarga itu, ini kerana awak sendiri mempunyai anak seramai 20 orangBerhujah dari sebahagian kepada keseluruhan Hal ini terjadi apabila kita menunjukkan sesuatu sebagai benar untuk sebahagian kepada satu kumpulan. Sekaligus kita mengandaikan semua kumpulan itu adalah benar.

Kalau Tom adalah seorang pemain yang baik dan beliau berada di dalam pasukan A, maka pasukan itu mestilah sebuah pasukan yang baik. (Premis1) Sebenarnya Tom adalah seorang pemain yang baik, dan berada di dalam pasukan A (Premis2) Jadi pasukan A tentulah sebuah pasukan yang baik (kesimpulan)
Contoh ayatnya;
Pasukan A adalah pasukan yang terbaik kerana Tom pemain yang terbaik ada di dalam pasukan itu
Berhujah dari keseluruhan ke sebahagian Falasi ini pula adalah bertentangan dengan falasi di atas
Struktur hujahnya adalah seperti berikut,
Kalau Pasukan A adalah sebuah pasukan yang baik, maka tiap-tiap ahli di dalamnya mestilah seorang yang handa. (Premis1) Sebenarnya Pasukan A adalah pasukan yang baik,(Premis2) Jadi setiap pemain di dalam Pasukan A mestilah pemain yang handal (Kesimpulan)
Contoh ayatnya;
Tom adalah seorang yang handal kerana dia berada di dalam Pasukan A yang memang handal
Falasi Kejahilan Falasi ini berlaku apabila kita menyatakan sesuatu itu tidak wujud kerana tidak ada orang yang dapat membuktikannya bahawa ianya wujud. Atau menyatakan sesuatu itu tidak benar hanya kerana kita tidak dapat membuktikan kebenarannya.
Contoh ayatnya;
Hingga sekarang kita masih belum ada bukti yang boleh menunjukkan bahawa planet bulan mempunyai makhluk hidup. Jadi tidak ada makhluk di planet

-kenaikan harga gula sebanyak RM2.00 sebagai medium untuk mengurangkan penyakit kencing manis.
-lambakkan guru di Malaysia faktor kepada berlakunya kes mahasiswa bidang pendidikan tidak dapat posting.
untuk pengetahuan semua, kedua-dua hujah diatas adalah hujah falasi. Hanya mereka yang berfikiran rasional mampu memikirkannya secara kritis. fikir-fikirkan lah.. :D